awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
08/02/2021
02:31 MYT
Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.
KUALA LUMPUR:Ringgit diniagakan tinggi ketika dibuka pagi ini berbanding dolar AS, didorong oleh permintaan diperbaharui serta disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9.01 pagi, unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.
Ketua Strategi Pemasaran Global Axi Stephen Innes berkata kenaikan harga minyak mentah yang berterusan memberikan sumber jaminan yang penting untuk pasaran Malaysia dan ringgit.
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent mengukuh 0.79 peratus untuk diniagakan pada US$59.81 setong.
"Penguatkuasaan semula perintah pergerakan berikutan peningkatan ketara kes COVID-19 di Malaysia mungkin akan menjejaskan pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam jangka masa terdekat, sekali gus mempengaruhi pergerakan mata wang tempatan.
"Eksport yang kukuh serta peningkatan renminbi boleh memberi kelebihan kepada ringgit hari ini tetapi sentimen boleh terjejas sekiranya perolehan AS mendapat sokongan diperbaharui," kata beliau kepada Bernama
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0414/0461 daripada 3.0415/0455 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8463/8524 daripada 3.8570/8621.
Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.5710/5808 daripada 5.5687/5772 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8834/8922 daripada 4.8714/8786 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#COVID-19
#minyak mentah
#Brent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan