BISNES
Ringgit dibuka tinggi pada 4.08 berbanding dolar AS, paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun
Mohd Afzanizam berkata peningkatan ringgit itu disokong oleh dolar AS yang lebih lemah dengan Indeks Dolar Amerika Syarikat susut 0.09 peratus kepada 98.309 mata. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada pada Selasa, menandakan prestasi paling kukuh dalam tempoh hampir lima tahun, apabila keyakinan yang bertambah baik dalam ekonomi Malaysia memacu permintaan terhadap mata wang tempatan.
Ringkasan AI
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.0890/0970 berbanding dolar AS daripada 4.0930/0980 semasa ditutup semalam, kali terakhir paras itu dicatat pada 30 April, 2021 apabila ringgit ditutup pada 4.0870 berbanding dolar AS.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkatan ringgit itu disokong oleh dolar AS yang lebih lemah dengan Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) susut 0.09 peratus kepada 98.309 mata.
Beliau berkata pasaran sedang menunggu pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS untuk bulan November malam ini, ia dijangka memberikan hala tuju lebih jelas mengenai prospek dasar monetari AS.
"Pada asasnya, peniaga dan pelabur sedang melihat data penting yang akan datang untuk merangka petunjuk baharu ketika Rizab Persekutuan AS dilihat berbelah bahagi terhadap keputusannya baru-baru ini untuk menurunkan kadar dasar.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan kadar pertukaran dolar AS/ringgit diunjur kekal pada paras semasa," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan, ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.4707/4814 daripada 5.4793/4860 ketika ditutup pada Isnin, melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.6374/6427 daripada 2.6410/6444 dan menambah berbanding euro kepada 4.8058/8152 daripada 4.8064/8123.
Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1708/1772 daripada 3.1746/1787, menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9826/13.0196 daripada 13.0201/0422, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 245.3/245.9 daripada 245.5/245.9 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 6.92/6.94 daripada 6.93/6.94 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ringgit dibuka pada paras 4.08 berbanding dolar AS pada Selasa, prestasi paling kukuh dalam hampir lima tahun, disebabkan oleh keyakinan yang membaik dalam ekonomi Malaysia.
- Peningkatan ringgit disokong oleh dolar AS yang lemah, dengan Indeks Dolar AS susut 0.09 peratus kepada 98.309 mata, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
- Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama serta ASEAN, naik berbanding pound Britain, yen Jepun, dan euro, serta meningkat berbanding dolar Singapura, baht Thailand, rupiah Indonesia, dan peso Filipina.