awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi teruskan kenaikan tujuh hari berturut-turut

Bernama
Bernama
30/01/2023
02:40 MYT
Ringgit dibuka tinggi teruskan kenaikan tujuh hari berturut-turut
MIDF Research berkata, walaupun harga minyak mentah susut 1.1 peratus kepada US$86.66 setong, ringgit dan mata wang serantau terus melonjak minggu lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pagi ini meneruskan kenaikan bagi hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang mesyuarat Rizab Persekutan Amerika Syarikat (Fed) pada 31 Jan - 1 Feb, 2023.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2410/2475 pada Jumaat minggu lepas.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama pasaran menjangkakan penurunan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) daripada 50 kepada 25 mata asas dalam kadar dana Fed semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), yang dijangka dapat menyokong ringgit seterusnya pada minggu ini.
MIDF Research berkata dolar AS terus lemah berbanding mata wang utama lain pada minggu lepas dengan Indeks Dolar AS turun 0.1 peratus minggu ke minggu kepada 101.93, paras penutup mingguan terendah dalam tempoh lapan bulan.
"Ringgit meningkat walaupun harga minyak jatuh, mengukuh sebanyak 1.0 peratus minggu ke minggu.
"Walaupun harga minyak mentah susut 1.1 peratus kepada US$86.66 setong, ringgit dan mata wang serantau terus melonjak pada minggu lepas disokong oleh asas pertumbuhan kukuh dan permintaan risiko," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali berbanding pound Britain apabila ia susut kepada 5.2495/2557 daripada 5.2453/2533 pada Jumaat minggu lepas.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2270/2311 daripada 3.2280/2332, naik berbanding euro kepada 4.6046/6100 daripada 4.6159/6230 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2551/2594 daripada 3.2658/2711 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#dolar AS
#ringgit
#MIDF Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan