awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu depan

Bernama
Bernama
23/12/2023
03:30 MYT
Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu depan
MOHD AFZANIZAM: Kami menjangkakan ringgit kekal pada paras sekitar 4.6200 hingga 4.6300 memandangkan gandingan mata wang itu mungkin menghampiri paras sokongan segera pada 4.5778. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan dan bergerak dalam jajaran RM4.62 hingga RM4.63 dalam persekitaran permintaan yang lebih rendah menjelang cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minggu depan dijangka lebih tenang apabila peniaga dan pengurus dana bercuti.
"Data ekonomi juga mungkin tidak mempunyai kesan ketara terhadap pasaran mata wang.
"Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit kekal pada paras sekitar 4.6200 hingga 4.6300 memandangkan gandingan mata wang itu mungkin menghampiri paras sokongan segera pada 4.5778," katanya kepada BERNAMA.
Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS akan memacu sentimen yang cenderung kepada kadar faedah rendah dan mendorong penurunan dolar AS.
Bagaimanapun, katanya, angka inflasi lebih tinggi akan mendorong kenaikan dolar AS sehingga akhir tahun ini dan boleh menyebabkan ringgit kembali ke paras 4.70.
"Namun, saya menjangkakan ringgit akan diniagakan lebih kukuh minggu depan pada paras 4.6425 kepada 4.6725," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan lebih tinggi dalam persekitaran sentimen positif dengan jangkaan kadar faedah global dikurangkan pada tahun depan.
Dalam pada itu, bagi asas Jumaat hingga Jumaat, prestasi ringgit lebih mengukuh berbanding dolar AS pada paras 4.6265/6305 daripada 4.6675/6720 pada minggu sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2547/2579 daripada 3.2930/2966 pada minggu sebelumnya, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8720/8770 daripada 5.9646/9703 dan naik berbanding euro kepada 5.0915/0959 daripada 5.1165/1214.
Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang Asean apabila naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4933/4968 daripada 3.5136/5173 seminggu lepas, meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.3509/3706 daripada 13.3970/41769.
Unit tempatan itu juga meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 298.7/299.1 daripada 301.2/301.6 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.38/8.40, minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan