awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dijangka pulih minggu depan

Bernama
Bernama
15/10/2016
04:02 MYT
Ringgit dijangka pulih minggu depan
Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.
Ringgit dijangka pulih ke paras 4.10 berbanding dolar US minggu depan, dipacu keyakinan menjelang pembentangan Bajet 2017.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bajet itu dijangka menawarkan pelbagai langkah menarik bagi merangsang ekonomi, termasuk menarik pelaburan asing.
"Dagangan ringgit minggu depan akan dipengaruhi jangkaan kesan daripada bajet," katanya kepada Bernama.
Bajet tersebut akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu menyusut berbanding dolar US kepada 4.1980/2050 daripada 4.1535/1585 berikutan pengeluaran data Bank Negara yang menunjukkan jualan besar-besaran bon Malaysia oleh pelabur asing pada September.
Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0302 daripada 3.0214/0252 Jumaat lalu dan merosot berbanding yen kepada 4.0230/0301 daripada 3.9999/9066.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.1249/1339 daripada 5.1142/1220 minggu lepas dan berkurang berbanding euro kepada 4.6245/6331 daripada 4.6199/6267. - Bernama
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#dolar US
#Pulih
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan