BISNES
Ringgit ditutup lebih tinggi berikutan dolar AS terus melemah
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.2085/2155 daripada 4.2090/2145 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kelemahan berterusan dolar AS susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai gagal memberikan sokongan berkekalan kepada mata wang itu.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.2085/2155 daripada 4.2090/2145 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan dalam julat kecil hari ini - antara RM4.2162 dan RM4.2225 - manakala Indeks dolar AS menyusut 0.36 peratus kepada 97.900 mata apabila IHP lebih tinggi daripada jangkaan gagal mendorong kenaikan dolar AS pada asas yang mampan.
Beliau berkata keluaran dalam negara kasar Malaysia yang kekal pada 4.4 peratus bagi suku kedua 2025 dengan permintaan domestik kekal sebagai pemacu utama, manakala penguncupan dalam eksport bersih menunjukkan bahawa penurunan dalam pertumbuhan keseluruhan kebanyakannya berpunca daripada sektor luar.
"Risiko penurunan kepada pertumbuhan telah meningkat berikutan ketidaktentuan terhadap pembangunan luaran," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8653/8702 daripada 2.8703/8742 ketika ditutup pada Khamis, dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7050/7145 daripada 5.7146/7220, tetapi susut berbanding euro kepada 4.9185/9267 daripada 4.9170/9234.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2820/2877 daripada 3.2849/2895 ketika ditutup semalam, dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9760/13.0032 daripada 13.0004/0238.
Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.39 daripada 7.39/7.41 sebelumnya dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 260.2/260.8 daripada 261.1/261.6.
-- BERNAMA