BISNES
Ringgit ditutup pada 4.17 berbanding dolar AS, paras tertingginya dalam tempoh 13 bulan
Mata wang tempatan mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun, mengatasi paras 4.1730/1790 yang dicatatkan pada 2 Oktober tahun lepas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat mencecah 4.17 - paras tertingginya setakat tahun ini - disokong oleh data positif ekonomi Malaysia, Kadar Dasar Semalam (OPR) stabil dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
Mata wang tempatan mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun, mengatasi paras 4.1730/1790 yang dicatatkan pada 2 Oktober tahun lepas.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1735/1775 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1820/1845 pada Khamis.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat sebanyak 5.7 peratus pada September 2025 selepas tumbuh sebanyak 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, manakala jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, mencerminkan pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada suku kedua.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan memberitahu Bernama ringgit kekal teguh, disokong oleh makroekonomi yang kukuh serta keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari terakhirnya bagi tahun ini pada Khamis.
Beliau juga mengekalkan unjuran akhir tahunnya bagi ringgit pada 4.15 berbanding dolar AS, disokong oleh hasil AS yang sederhana, sentimen risiko yang bertambah baik dan kedudukan luaran Malaysia yang kukuh.
Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan data ekonomi AS yang lemah, terutamanya berkaitan pasaran buruhnya, para peniaga dan dan pelabur menjangkakan kemungkinan besar Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedahnya pada Disember.
"Data AS menunjukkan pengurangan lebih 150,000 pekerjaan pada Oktober, penurunan terbesar dalam tempoh 20 tahun. Oleh itu, terdapat kemungkinan besar kadar faedah akan diturunkan semasa mesyuarat Fed pada Disember," katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding yen kepada 2.7192/7220 daripada 2.7202/7220 pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4660/4713 daripada 5.4696/4729. Bagaimanapun, ringgit susut berbanding euro kepada 4.8154/8200 daripada 4.8143/8172 sebelumnya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2015/2048 daripada 3.2034/2055 pada Khamis dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 250.0/250.4 daripada 250.3/250.6 sebelumnya.
Ringgit juga meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.07/7.08 daripada 7.09/7.10 pada Khamis dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8999/9174 daripada 12.9178/9311.
-- BERNAMA