KUALA LUMPUR: Ringgit jatuh berbanding dolar AS ketika ditutup pada Rabu selepas kenaikan baru-baru ini dan selepas minit mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bank pusat Amerika itu akan kekal berhati-hati terhadap pendekatan dasar monetarinya, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beliau percaya kadar faedah Amerika Syarikat menghampiri paras kemuncaknya.
"Kita melihat dalam beberapa hari ini ringgit meningkat dengan ketara berikutan kadar inflasi yang perlahan dan kelembapan pasaran buruh (di Amerika Syarikat)," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, beliau berkata perbincangan mengenai kemungkinan peralihan pendirian monetari AS pada 2024 meningkat dan terdapat beberapa bank pelaburan membuat spekulasi akan berlaku pengurangan mendadak kadar faedah AS tahun depan.
"Mungkin pasaran agak (tidak pasti) tentang kadar (pemotongan) kadar faedah (AS) pada masa hadapan. Jadi, mungkin terdapat beberapa pengambilan untung yang berlaku hari ini, mengakibatkan penyusutan nilai mata wang tempatan itu," katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding euro kepada 5.0946/1022 daripada 5.0895/0955 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 5.8550/8637 daripada 5.8271/8340 tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1338/1387 berbanding 3.1467/1504.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ia sedikit menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 300.0/300.6 daripada 301.1/301.7 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4838/4893 daripada 3.4775/4822.
Ringgit juga merosot berbanding baht Thai kepada 13.2702/2957 daripada 13.1989/2201 semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.40/8.41 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.