awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
19/06/2025
12:45 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.2590/2625 berbanding dolar AS 4.2500/2550 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis, dipengaruhi oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek kewangan global, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.2590/2625 berbanding dolar AS 4.2500/2550 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menyusut serendah RM4.2633 pada sesi pagi ketika ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) enggan menurunkan kadar secara agresif berikutan kebimbangan risiko inflasi meningkat lebih tinggi pada separuh kedua 2025.
"Pandangan itu dicerminkan menerusi unjuran suku tahunan terbaharu mereka terhadap Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), yang dijangka mencecah 3.0 peratus bagi 2025, berbanding angka sebenar 2.1 peratus pada April 2025," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan kebimbangan terhadap potensi peningkatan konflik antara Israel dan Iran.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain ketika ditutup.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7164/7211 daripada 5.7218/7285 ketika ditutup pada Rabu dan turut mencatat kenaikan berbanding euro kepada 4.8868/8908 daripada 4.8888/8945 sebelum ini. Mata wang tempatan itu juga menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9286/9312 daripada 2.9322/9359 sebelumnya.
Ringgit juga meningkat berbanding mata wang negara-negara ASEAN.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.5/259.9 daripada 260.5/260.9 pada Rabu, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3072/3102 daripada 3.3074/3115.
Mata wang tempatan itu juga naik berbanding baht Thailand kepada 12.9966/13.0513 daripada 13.0240/0449 sebelum ini, serta menokok berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.42 daripada 7.46/7.48 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN
#peniaga
#dolar AS
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami