awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecuali mata wang utama

Bernama
Bernama
23/04/2025
13:29 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecuali mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3880/3925 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905, semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus mengukuh susulan peningkatan optimis terhadap prospek rundingan dagangan membabitkan Washington-Beijing, kata ahli ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.3880/3925 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS mendapat rangsangan susulan komen Presiden Donald Trump yang memberi isyarat kemungkinan tarif dikurangkan jika China terbuka kepada rundingan.
Beliau berkata meskipun pasaran kewangan menerima isyarat itu secara positif, kesan sebenar ke atas dinamik perdagangan dan pergerakan mata wang akan turut bergantung kepada perkembangan konkrit rundingan itu.
"Perlu dilihat sama ada taktik sedemikian akan menghasilkan hasil yang disasarkan. Sekurang-kurangnya, ada tanda-tanda Presiden AS bersedia membuat konsesi dalam keadaan semasa yang buntu dan ini mendapat respons baik di peringkat pasaran kewangan," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata setakat ini, penanda aras ekuiti di seluruh rantau Asia dan dagangan awal di Eropah juga memaparkan beberapa petunjuk positif.
"Indeks Dolar AS (DXY) mencatat pemulihan kecil apabila meningkat 0.22 peratus kepada 99.139 mata," katanya.
Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama.
Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0925/0959 daripada 3.1206/1260 semalam, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8457/8517 daripada 5.8590/8683 dan naik berbanding euro kepada 5.0102/0154 daripada 5.0362/0442.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang ASEAN.
Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.3478/3515 daripada 3.3523/3579, naik berbanding baht Thailand kepada 13.1251/1457 daripada 13.1930/2212, rendah berbanding peso Filipina pada 7.75/7.77 daripada 7.73/7.75 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 260.0/260.5 daripada 259.9/260.5 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ASEAN
#mata wang
#penanda aras ekuiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan