BISNES
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.0700/0765 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0650 ketika ditutup semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati dari segi pegangan menjelang data pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini serta kemungkinan keputusan Mahkamah Agung berkaitan tarif era Presiden AS Donald Trump, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.0700/0765 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0650 ketika ditutup semalam.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata bagaimanapun sokongan terhadap dolar AS didorong bukan semata-mata oleh aktiviti penghindaran risiko namun oleh penilaian semula jangkaan kadar faedah AS.
Beliau berkata jangkaan itu berikutan pelabur menunggu pengumuman data guna tenaga yang berpotensi melambatkan permulaan kitaran pelonggaran seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
"Susulan jangkaan angka pembayaran gaji semakin meningkat dan kadar pengangguran dijangka stabil pada sekitar 4.5 peratus, pasaran cenderung untuk mengekalkan pegangan dalam dolar AS menjelang pengumuman itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek juga berkata sebarang langkah Mahkamah Agung untuk membatalkan tarif akan meredakan tekanan inflasi dan meningkatkan margin korporat, namun pada masa sama boleh merumitkan prospek fiskal AS serta mengurangkan skop bagi cadangan rangsangan oleh Trump.
"Gabungan faktor ini mengekalkan Fed untuk terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan guna tenaga berbanding inflasi, sekali gus mengukuhkan sokongan hasil dolar dalam jangka masa terdekat dan menggalakkan pelabur menyimpan dana dalam mata wang selamat serta kecairan tinggi menjelang kejelasan," katanya.
Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5805/5848 daripada 2.5888/5935 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7383/7459 daripada 4.7389/7471.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.4579/4666 daripada 5.4535/4630.
Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik turun berbanding rupiah Indonesia kepada 241.9/242.4 daripada 241.5/242.1 ketika ditutup semalam, dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1629/1682 daripada 3.1602/1659.
Ringgit kurang stabil berbanding baht Thailand kepada 12.9474/9738 daripada 12.8731/9007, dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.87/6.88 daripada 6.85/6.87.
-- BERNAMA