awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US

Bernama
Bernama
04/01/2016
10:21 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Pada jam 5 petang, unit tempatan itu jatuh kepada 4.3450/3530 berbanding 4.2900/2970 pada Khamis. - Gambar fail
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini berikutan sentimen negatif yang dipengaruhi ketegangan geopolitik di antara Iran dan Arab Saudi, kata peniaga.
Pada jam 5 petang, unit tempatan itu jatuh kepada 4.3450/3530 berbanding 4.2900/2970 pada Khamis.
Pasaran pertukaran asing tempatan ditutup pada Jumaat sempena tahun baru.
Ketegangan yang semakin meningkat di antara kedua-dua negara menyebabkan pelabur memberi tumpuan kepada mata wang kurang berisiko.
"Kebanyakan mata wang sedang muncul Asia diniagakan lebih rendah pada hari pertama dagangan tahun baru, menjejaki data kilang China yang mengecewakan," kata peniaga itu.
Mata wang tempatan juga susut berbanding mata wang utama lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0513/0582 daripada 3.0367/0423 pada Khamis dan jatuh kepada 6.4171/4298 daripada 6.3604/3716 berbanding pound Britain.
Ringgit juga merosot berbanding yen kepada 3.6510/6580 daripada 3.5637/5698 pada Khamis dan berbanding euro ia jatuh kepada 4.7456/7557 daripada 4.6851/6940 sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#dolar
#Iran
#rendah
#ringgit
#sentimen
#US
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan