BISNES
Ringgit ditutup rendah menyusut selepas kenaikan lima hari berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1935/1985 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1850/1900 pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis selepas kenaikan lima hari berturut-turut apabila para peniaga menyimpan keuntungan berikutan ketidakpastian berhubung penurunan kadar faedah seterusnya Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1935/1985 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1850/1900 pada Rabu.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun Rizab Persekutuan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, namun keputusan itu tidak sebulat suara.
"Seorang ahli mengundi untuk mengekalkan Kadar Dana Fed, manakala seorang lagi memilih penurunan 50 mata asas. Nampaknya ringgit telah kembali semula ke paras psikologi RM4.20," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata prasyarat untuk nilai ringgit meningkat semula bergantung sebahagian besarnya kepada secepat mana Rizab Persekutuan AS meneruskan lagi penurunan kadar faedahnya.
"Bagaimanapun, terdapat potensi untuk ringgit meningkat semula, terutamanya jika Rizab Persekutuan dilihat lambat membuat keputusan.
"Ini amat relevan memandangkan penutupan kerajaan AS yang berterusan telah mengehadkan akses ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan kepada data ekonomi utama yang diperlukan untuk membuat keputusan yang tepat," katanya.
Pada sesi penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.7266/7300 daripada 2.7493/7528 pada Rabu, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.5304/5370 daripada 5.5326/5392 dan naik berbanding euro kepada 4.8716/8774 daripada 4.8722/8780.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2285/2326 daripada 3.2324/2365 pada Rabu, naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.9501/9723 daripada 12.9651/9858, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 252.0/252.4 daripada 251.8/252.2, dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.12/7.13 daripada 7.12/7.14 sebelumnya.
-- BERNAMA