KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan data ekonomi negara maju itu yang kukuh dan membolehkan dolar kembali meningkat, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.6705/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6640/6685, semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata mata wang yuan China kembali ke paras sebelum campur tangan selepas bank pusat negara itu, People's Bank of China (PBOC) tidak mengambil sebarang tindakan sokongan bagi menampung mata wang tersebut.
Malah, pemulihan ekonomi China juga tidak sebagaimana yang dijangkakan dan diburukkan lagi dengan penurunan 18.8 peratus bagi keuntungan perindustriannya dalam tempoh lima bulan pertama 2023, katanya.
Menurut Innes, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melakukan campur tangan pada awal minggu ini yang disifatkannya menjejaskan kadar jualan manakala pengeksport masih berkecuali daripada menjual pegangan dolar AS daripada hasil eksport yang telah meningkat kepada kira-kira US$26.5 bilion atau 15.3 peratus daripada jumlah deposit bank oleh perniagaan.
"Selain daripada pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah, saya tidak pasti sama ada kita dapat mengekang sentimen yang lemah ini, terutamanya jangkaan penurunan yuan yang akan ketara dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Pada akhir urus niaga, ringgit ditutup rendah berbanding yen Jepun pada 3.2427/2454 daripada 3.2425/2458 dan susut berbanding euro kepada 5.1128/1166 daripada 5.1043/1092.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain pada 5.9292/9336 daripada 5.9326/9383, semalam.
Unit tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean iaitu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4550/4581 daripada 3.4553/4592 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1054/1211 daripada 13.2155/2342.
Selain itu, ringgit juga susut sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 311.4/311.9 daripada 311.0/311.5 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.43/8.44.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada paras 4.6705/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6640/6685, semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.