BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2150/2200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2200/2250 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin apabila kebimbangan terhadap kemungkinan penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan dolar AS, kata seorang penganalisis.
Laporan menunjukkan kerajaan persekutuan AS berada di ambang untuk menutup operasinya melainkan Kongres AS boleh mencapai perjanjian pembiayaan sebelum permulaan tahun fiskal baharu pada 1 Okt.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2150/2200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2200/2250 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penutupan operasi kerajaan AS bermakna perkhidmatan yang terhad, yang jika berpanjangan, boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
"Kongres AS perlu bersetuju dengan program perbelanjaan menjelang akhir September untuk mengelakkan penutupan operasi kerajaan.
"Oleh itu, teori penurunan kadar faedah AS mendapat momentum daripada peristiwa sebegitu, menyebabkan dolar AS menjadi lebih lemah," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 2.8365/8400 daripada 2.8171/8206 pada Jumaat minggu lepas, turun berbanding pound Britain kepada 5.6612/6679 daripada 5.6345/6412, dan berkurangan berbanding euro kepada 4.9387/9446 daripada 4.9281/9340.
Ringgit juga ditutup kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2664/2706 daripada 3.2630/2671 dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.0649/0857 daripada 13.0587/1069 sebelumnya.
Ringgit juga menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 252.6/253.1 daripada 252.1/252.5, dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.26 daripada 7.25/7.27 sebelumnya.
-- BERNAMA