awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut

Bernama
Bernama
29/12/2025
01:00 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Mohd Afzanizam menjangkakan pasaran bergerak dalam jajaran kecil hari ini memandangkan minggu dagangan yang singkat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkat pada Isnin, dibuka lebih tinggi untuk sesi ke-12 berturut-turut menjelang minggu dagangan yang singkat kerana cuti umum menjelang Tahun Baharu.
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.0425/0565 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0535 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran dijangka bergerak dalam jajaran kecil hari ini memandangkan minggu dagangan yang singkat berikutan musim cuti dengan sambutan tahun baharu pada Khamis ini.
"Oleh itu, kami menjangkakan dolar AS-ringgit akan berada dalam julat RM4.04-RM4.05 hari ini," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5855/5948 daripada 2.5866/5909 ketika ditutup pada Jumaat, meningkat berbanding euro kepada 4.7592/7757 daripada 4.7629/7706 sebelumnya dan hampir tidak berubah berbanding pound Britain pada 5.4570/4759 daripada 5.4570/4657 minggu lepas.
Dalam pada itu, mata wang tempatan didagangkan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1474/1588 daripada 3.1497/1550 ketika ditutup pada Jumaat, menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9913/13.0451 daripada 13.0212/0484, melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 241.3/242.4 daripada 241.6/242.2 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.88/6.91 daripada 6.89/6.90 sebelum itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#pasaran mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan