BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS seiring kenaikan mata wang serantau
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.1460/1495 berbanding dolar AS daripada 4.1565/1645 ketika ditutup semalam. = Foto hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring kenaikan beberapa mata wang serantau walaupun laporan gaji bukan pertanian AS untuk September lebih kukuh daripada jangkaan.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.1460/1495 berbanding dolar AS daripada 4.1565/1645 ketika ditutup semalam.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan ringgit seiring dengan mata wang lain seperti euro, pound Britain, dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.
"Laporan terkini gaji bukan pertanian AS menunjukkan 119,000 pekerjaan diwujudkan pada September sekali gus melebihi unjuran.
"Mungkin data tersebut agak ketinggalan dan oleh itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus bergantung kepada prestasi November," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit sedikit melemah berbanding yen kepada 2.6453/6479 daripada 2.6446/6498 ketika ditutup pada Khamis tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.7779/7819 daripada 4.7916/8008 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4143/4188 daripada 5.4367/4472 sebelumnya.
Ringgit juga menunjukkan prestasi yang kebanyakannya lebih baik berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1695/1724 daripada 3.1809/1873 pada Khamis, naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.7601/7759 daripada 12.8093/8395 ketika ditutup semalam dan berkembang berbanding rupiah Indonesia kepada 248.0/248.3 daripada 248.3/248.9 sebelumnya.
Namun, ia kekal pada paras yang sama berbanding peso Filipina pada 7.04/7.05.
-- BERNAMA