BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS susulan kadar faedah dijangka turun pada September
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2045/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2245/2295 semasa ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong terutamanya oleh ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell dalam Simposium Jackson Hole yang memberi isyarat mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2045/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2245/2295 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ucapan Powell telah menjadi pendorong utama apabila Fed mula melengkapkan pasaran ke arah penurunan kadar faedah akhirnya pada September.
"Walaupun kadar inflasi masih tinggi berbanding sasaran dua peratus, Fed dilihat bersedia untuk menerima memandangkan imbangan risiko pada masa ini lebih cenderung kepada pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
"Dalam hal ini, penting untuk Fed menunjukkan kepada pasaran bahawa mereka berada di hadapan bagi meraih keyakinan pasaran. Setakat ini, perkembangan sedemikian memberi impak negatif terhadap dolar AS dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit susut berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia susut berbanding euro kepada 4.9163/9233 daripada 4.8996/9054 semasa ditutup pada Jumaat lepasrendah berbanding yen Jepun kepada 2.8534/8577 daripada 2.8408/8443 sebelumnya,dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.6740/6821 daripada 5.6659/6726.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2761/2810 daripada 3.2763/2805 pada akhir minggu lepas dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.43 daripada 7.42/7.43 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9561/9801 daripada 12.9387/9592 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 258.5/259.1 daripada 258.3/258.7.
-- BERNAMA