BISNES
Ringgit ditutup tinggi, didorong unjuran KDNK lebih baik daripada jangkaan
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2410/2455 berbanding dolar AS daripada 4.2465/2510 ketika ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit pulih daripada penurunan baru-baru ini untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong oleh unjuran pertumbuhan suku kedua 2025 Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan.
Unjuran itu sekali gus menandakan ekonomi domestik kekal kukuh walaupun ketidaktentuan luaran.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2410/2455 berbanding dolar AS daripada 4.2465/2510 ketika ditutup semalam.
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025 berdasarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sedikit lebih tinggi daripada 4.4 peratus pada suku sebelumnya.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini dijangka menyokong pertumbuhan pada separuh kedua 2025, terutama apabila risiko negatif telah meningkat.
"Ringgit kelihatan memperoleh kekuatan hari ini, meningkat 0.13 peratus berbanding dolar AS," katanya.
Pertumbuhan suku kedua 2025 Malaysia didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, manakala momentum pertumbuhan diteruskan pada April dan Mei, dengan prestasi yang lebih kukuh dijangka pada Jun berdasarkan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa wang utama.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8517/8549 daripada 2.8548/8580 ketika ditutup semalam, namun susut berbanding euro kepada 4.9336/9388 daripada 4.9217/9269.
Unit tempatan juga turun berbanding pound British kepada 5.6999/7060 daripada 5.6886/6946.
Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik susut berbanding rupiah Indonesia kepada 260.2/260.6 berbanding 259.8/260.2 ketika ditutup semalam, dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.3027/3065 daripada 13.0521/0720.
Ringgit kurang stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.3027/3065 daripada 3.3013/3051 namun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.41/7.43 daripada 7.41/7.43 semalam.
-- BERNAMA