BISNES
Ringgit ditutup tinggi menjelang tempoh akhir rundingan tarif AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2300/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2365 semasa ditutup pada Isnin. - Foto hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan prestasi bercampur-campur mata wang serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang tempoh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), menurut penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2300/2370 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2365 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata terdapat jangkaan bahawa rundingan tarif mungkin berlanjutan selepas tarikh akhir pada 1 Ogos.
"Prestasi mata wang Asia berbanding dolar AS bercampur-campur berikutan yuan China, baht Thailand dan won Korea menyusut manakala rupiah Indonesia dan peso Filipina mengukuh.
"Ringgit dibuka dengan prestasi kukuh pada sesi dagangan pagi, meningkat sehingga RM4.2273 berbanding dolar AS. Bagaimanapun ia bergerak pada sekitar RM4.2325 pada sesi petang," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tidak berubah apabila peniaga tempatan kekal berhati-hati, kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes sambil memaklumkan rundingan dengan Washington boleh membuka peluang kepada peningkatan yang sederhana, terutamanya jika kadar tarif yang diumumkan lebih rendah daripada jangkaan.
"Buat masa ini, peniaga sedang menunggu. Bagaimanapun, keadaan pasaran yang tenang ini tidak akan berkekalan. 1 Ogos bukan sekadar tarikh akhir tarif, ia adalah isu makroekonomi penting yang bakal berlaku dan boleh memberi kejutan dalam keadaan musim panas di Asia," katanya.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.8690/8739 daripada 2.8612/8644, menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7088/7183 daripada 5.6954/7015 dan rendah berbanding euro kepada 4.9512/9594 daripada 4.9277/9330 semasa ditutup pada Isnin.
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3011/3071 daripada 3.2990/3028,rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0899/1172 daripada 13.0754/0954 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.41/7.43 daripada 7.40/7.41.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 259.1/259.7 daripada 259.2/259.6.
-- BERNAMA