KUALA LUMPUR: Ringgit kekal kukuh dan naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS berikutan keyakinan berterusan bahawa AS akan mengurangkan kenaikan kadar faedah pada masa hadapan dan peralihan kerajaan yang berjalan lancar di Malaysia.
Pada 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4795/4890 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4910/5000 pada Khamis.
Inflasi di AS pada Oktober susut kepada 7.7 peratus daripada 8.2 peratus pada September, mencetuskan harapan untuk menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Disember.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengurangkan kadar kenaikan 75 mata asas kepada 50 mata asas pada Disember sejajar dengan unjuran sebelum ini.
Peniaga juga boleh menerima data ekonomi AS yang lain seperti jualan rumah baharu, yang melonjak 7.5 peratus pada Oktober selepas menyusut 11 peratus pada September. Selain itu, tuntutan kali pertama untuk faedah pengangguran meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada minggu berakhir 19 Nov.
Di Malaysia pula, Innes berkata pasaran mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang mesra pasaran.
"Pasaran saham Malaysia dan ringgit (kadar) yang lebih menarik juga banyak bergantung pada jangkaan pembukaan semula China.
"Kebimbangan yang semakin berkurangan mengenai sekatan baharu (di China) akan meningkatkan semula semua aset Malaysia. Jadi, ia akan menguntungkan ringgit tahun depan ... jelas sekali kita telah mencapai kemuncak tindakan yang tegas oleh Fed (mengenai kadar faedah), yang mana baik untuk mata wang Asia,'' katanya kepada Bernama.
Innes berkata kerana ringgit didorong oleh aliran perdagangan dan pelaburan, perlu ada peningkatan aliran masuk antarabangsa, yang akan menjadi sangat positif untuk mata wang tempatan.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2573/2645 daripada 3.2678/2749 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6551/6650 daripada 4.6792/6886.
Ia juga naik berbanding pound British kepada 5.4094/4209 daripada 5.4305/4414 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2118/2188 daripada 3.2412/2479.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
Pada 6 petang, mata wang tempatan terus mengukuh kepada 4.4795/4890 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4910/5000 pada Khamis. - Gambar hiasan
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7205/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7390 semasa ditutup pada Jumaat.