BISNES
Ringgit kekalkan momentum biarpun langkah bank pusat China jejas sentimen

Pada sesi awal, ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengekalkan momentumnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini walaupun tindakan People's Bank of China (PBoC) menetapkan kadar hariannya baru-baru ini, terus mengasak sentimen pasaran.
Ringkasan AI
- Ringgit kekal pada paras 4.2120/2170 berbanding dolar AS, namun terus ditekan oleh tindakan PBoC menetapkan kadar yuan lebih lemah daripada jangkaan.
- Pasaran menunggu data ekonomi AS (Perbelanjaan Penggunaan Peribadi & Pekerjaan Bukan Perladangan) untuk petunjuk dasar monetari Fed, sementara ringgit dijangka kekal dalam julat 4.214.23.
- Ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama seperti yen, pound, euro dan juga sebahagian mata wang ASEAN, walaupun berdepan tekanan global.
"Tindakan bank pusat China itu mengejutkan ramai penggiat pasaran serantau dan hanya menambah momentum penurunan terhadap ringgit.
"Susulan kedudukan yang lebih cenderung kepada dagangan singkat dolar AS, prospek masa terdekat ini kekal goyah walaupun sebarang pergerakan mendadak dijangka terhad dalam tempoh 24 jam seterusnya," katanya kepada Bernama.
Innes berkata pelabur kini memberi tumpuan terhadap data akan datang AS, termasuk Perbelanjaan Penggunaan Peribadi diumumkan pada Jumaat dan Pekerjaan Bukan Perladangan minggu depan bagi mendapatkan petunjuk sama ada Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengambil pendirian dasar monetari yang lebih berhati-hati.
"Oleh itu, sehingga mendapat maklumat itu, ringgit berkemungkinan besar kekal di bawah tekanan dan memaparkan pendirian sebaliknya terhadap prospek ekonomi serta latar belakang pasaran serantau lebih lemah," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi, menokok sebanyak 0.43 peratus kepada 97.687 mata susulan pendirian Fed yang berhati-hati untuk mengurangkan kadar faedah utama.
"Pada masa sama, data pasaran perumahan AS menunjukkan peningkatan jualan rumah baharu kepada 800,000 unit pada Ogos yang melangkaui unjuran konsensus sebanyak 650,000 serta angka Julai sebanyak 652,000 unit.
"Susulan itu, ringgit dijangka terus diasak dalam jangka masa terdekat dan bergerak dalam julat 4.21 hingga 4.23 (berbanding dolar AS)," katanya.
Dalam pada itu, pada sesi awal ini, ringgit mencatat prestasi mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ini termasuk meningkat kepada 2.8310/8346 berbanding yen Jepun daripada 2.8400/8436 pada akhir urus niaga semalam, naik kepada 5.6647/6714 berbanding pound Britain daripada 5.6761/6828 dan mengukuh kepada 4.9453/9512 berbanding euro daripada 4.9567/9626.
Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk meningkat kepada 3.2687/2731 berbanding dolar Singapura daripada 3.2724/2738 dan naik mengukuh kepada 13.1109/1334 berbanding baht Thai daripada 13.1572/1781.
Unit tempatan itu kekal tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina masing-masing pada 252.4/252.8 dan 7.33/7.34.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami