BISNES
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan sentimen lebih baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1370/1420 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 4.1460/1495 semasa ditutup pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen lebih baik apabila jangkaan yang berkurangan ke atas penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember meredakan tekanan terhadap wang negara pesat membangun.
Ringkasan AI
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1370/1420 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 4.1460/1495 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal melebihi 100 mata, menunjukkan kekuatan berterusan dolar AS berikutan jangkaan penurunan kadar faedah pada Disember yang semakin pudar.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini, bergerak antara RM4.1393 dan RM4.1508," katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia diniagakan kepada 2.6392/6426 berbanding yen daripada 2.6453/6479 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 4.7700/7757 daripada 4.7779/7819.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4153/4219 berbanding 5.4143/4188 sebelumnya.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1689/1730 daripada 3.1695/1724 pada Jumaat,mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.7324/7525 daripada 12.7601/7759, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 247.7/248.1 daripada 248.0/248.3 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.02/7.04 daripada 7.04/7.05 pada Jumaat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada Isnin disokong oleh sentimen lebih baik hasil daripada jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember yang semakin pudar.
- Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd melaporkan bahawa ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini, bergerak antara RM4.1393 dan RM4.1508.
- Pada penutupan dagangan, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama termasuk yen, euro, dolar Singapura, baht Thai, rupiah Indonesia, dan peso Filipina.