awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM ikat The City Boys 1-1
Lelaki Myanmar maut dengan kesan tikaman, 2 suspek ditahan
Pengerusi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia dan dua pegawai utama meletak jawatan

Ringgit kukuh, peniaga disaran beri nilai tambah kepada pengguna – Industries Unite

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
30/01/2026
13:00 MYT
Ringgit kukuh, peniaga disaran beri nilai tambah kepada pengguna – Industries Unite
Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peniaga perlu mengambil kesempatan ketika ringgit kukuh untuk terus memberi nilai tambah kepada pengguna tempatan dan pelancong asing, kata Pengasas Bersama Industries Unite, Datuk Irwin Cheong.

Ringkasan AI
  • Peniaga, khususnya PMKS, disaran memanfaatkan pengukuhan ringgit untuk beri nilai tambah kepada pengguna tempatan dan pelancong.Pertumbuhan perbelanjaan pengguna dijangka stabil pada 2026, manakala pelancongan dan pelancongan kesihatan terus kukuhkan ekonomi domestik.Ringgit menunjukkan prestasi kukuh berbanding mata wang utama, menjadikan Malaysia lebih kompetitif dan menarik kepada pelabur.

Saranan tersebut diajukan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dengan mengambil kira jangkaan pertumbuhan perbelanjaan pengguna di Malaysia pada 2026.
"Peniaga makanan dan minuman (F&B) dan peruncit perlu ambil kesempatan untuk beri nilai tambah kepada pengguna tempatan dan asing.
“Tidak kira bagaimana kedudukan mata wang negara, kita berharap Malaysia boleh kekal berdaya saing. Malaysia perlu berinovasi untuk tarik lebih banyak pelaburan asing masuh ke dalam negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Pada Khamis, BMI Country Risk & Industry Research menjangkakan pertumbuhan perbelanjaan pengguna di Malaysia kekal stabil pada 2026, dengan perbelanjaan sebenar isi rumah, selepas mengambil kira inflasi, diunjurkan berkembang 4.1 peratus pada 2026, sedikit perlahan berbanding anggaran 4.4 peratus pada 2025.
Dalam pada itu, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmed Razman Abd Latiff pula berpandangan Malaysia berada di landasan yang tepat dari segi pelaksanaan dasar untuk meraih manfaat daripada pengukuhan mata wang semasa.
“Kita di landasan yang betul apabila kita lihat jumlah pelancong yang datang ke negara-negara di asia tengara, Malaysia catatkan angka tertinggi sehingga 38 juta pelancong tahun lalu.
“Melancong ini bukan sekadar melancong untuk lihat tarikan sejarah, makan-makan dan sebagainya. Bahkan ada juga pelancong kesihatan yang mahu mendapatkan rawatan daripada hospital kita yang menawarkan rawatan terbaik.
“Juga, satu lagi fenomena ialah pelancong sukan yang bertanding dan menyertai aktiviti riadah di negara kita. Apabila kita lihat daripada sudut itu, kita bukan sahaja menawarkan tarikan konvensional, tetapi banyak lagi yang boleh diterokai,” ujarnya.
Ringgit mencatatkan peningkatan semula yang lebih kukuh, melonjak daripada paras kira-kira 4.70 berbanding dolar AS beberapa tahun lepas kepada paras 3.90 pada masa ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia.
Ringgit juga mengukuh berbanding dolar Singapura, sekitar RM3.13–3.15 dan mencatat lonjakan ketara berbanding yen (±JPY39 bagi RM1). Manakala kadar tukaran ke mata wang euro, ringgit sedikit mengukuh sepanjang Januari, manakala berbanding pound ia berlegar sekitar RM5.42–5.47.
Dialog Poket Rakyat: Ringgit Kukuh, Apa Kesan Pada Poket Rakyat?
Topic Berkaitan
#dolar AS
#Inflasi
#pelaburan
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.