awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
15/06/2022
11:55 MYT
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula selepas mencatatkan penurunan tiga hari dagangan berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini berbanding dolar AS di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur di pasaran global, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4120/4150 daripada paras penutup 4.4190/4220 pada Selasa.
Seorang peniaga berkata selepas mencatatkan penurunan pada April ekonomi China kembali stabil sedikit pada Mei susulan peningkatan perindustrian yang tidak dijangka.
Bagaimanapun, katanya, penggunaan masih lemah dan memberi cabaran kepada penggubal dasar berikutan pertumbuhan perlahan yang diakibatkan daripada peraturan ketat untuk membendung COVID-19.
Sementara itu, seorang peniaga lain berkata meskipun harga minyak yang melantun sedikit, para pelabur masih bimbang terhadap permintaan bahan api dan keseluruhan ekonomi susulan jangkaan kenaikan kadar yang tinggi oleh Rizab Persekutuan AS.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3323/3360 daripada paras penutup 5.3496/3533 pada Selasa dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1732/1758 daripada 3.1771/1797.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.2815/2840 daripada 3.2921/2948 namun susut berbanding euro kepada 4.6277/6309 daripada 4.6108/6139.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#berbanding dolar AS
#matawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan