SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
BISNES

Ringgit meneruskan kenaikan dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama 27/02/2018 | 01:59 MYT
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama. - Gambar hiasan
Ringgit meneruskan kenaikan daripada semalam dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang negara sedang pesat membangun, dirangsang oleh pemulihan harga minyak mentah, kata para peniaga.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 3.8970/9000 berbanding dolar AS daripada 3.9010/9050 pada Isnin.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9639/9665 daripada 2.9654/9694 pada Isnin dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.4445/4491 daripada 5.4848/4912.

Ringgit menokok berbanding yen kepada 3.6475/6513 daripada 3.6591/6632 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8062/8114 daripada 4.8142/8207.

-- BERNAMA



#AS #dolar #ringgit