awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Bernama
Bernama
29/11/2024
02:45 MYT
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4350/4470 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah minat belian baharu ketika pelabur menumpukan mata wang itu susulan cuti umum Thanksgiving di negara maju itu.
Pada 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4350/4470 berbanding dolar AS iaitu mengukuh daripada paras penutup 4.4440/4490, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) juga susut daripada paras 107.55 pada minggu lepas dan bergerak sekitar 106 mata.
Beliau juga percaya pelbagai faktor telah menyumbang kepada sentimen pasaran global, namun perkembangan positif di Timur Tengah berkemungkinan besar menyumbang kepada keadaan pasaran mata wang yang dijangka lebih baik.
"Namun, dalam masa terdekat ini, sentimen pasaran mungkin kekal suram dan berhati-hati berikutan kekurangan pemangkin. Berikutan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil sekitar paras RM4.43 hingga RM4.44 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ringgit susut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6298/6450 daripada 5.6217/6280, rendah berbanding euro kepada 4.6834/6960 daripada 4.6800/6852 turun berbanding yen Jepun kepada 2.9349/9431 daripada 2.9258/9293.
Unit tempatan itu bagaimanapun diniagakan mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3053/3147 daripada 3.3056/3095 pada akhir urus niaga semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.56/7.58 daripada 7.57/7.58.
Ringgit juga mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8812/9292 daripada 12.8999/9211 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 279.4/280.3 daripada 279.9/280.5, sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan