BISNES
Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS
Prestasi ringgit berbanding dolar AS itu disebabkan sikap pelabur yang beralih kepada dolar AS sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa namun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Prestasi ringgit berbanding dolar AS itu disebabkan sikap pelabur yang beralih kepada dolar AS sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran selain di tengah-tengah ketegangan perdagangan Washington-Beijing.
Pada 6 petang, nilai ringgut susut kepada 4.2305/2355 berbanding dolar AS daripada paras 4.2265/2295 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks DXY naik 0.08 peratus kepada 99.347 mata.
Indeks itu merupakan pengukur nilai dolar AS berbanding sejumlah mata wang utama dunia.
Beliau berkata pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan berkaitan perdagangan (AS dan China) serta penutupan kerajaan AS yang masih berlanjutan.
"Kian sukar untuk menilai keadaan makroekonomi di AS tanpa data-data utama. Selagi isu penutupan kerajaan ini belum dapat diatasi, dolar AS terus dalam keadaan menguntungkan," katanya.
Prestasi dolar AS itu berkait rapat dengan kedudukannya sebagai mata wang selamat.
Presiden Donald Trump sebelum ini berkata AS akan mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas import China selain sekatan terhadap eksport teknologi AS, bermula 1 November 2025 atau lebih awal, bergantung kepada tindak balas China dalam isu perdagangan.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain, termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.8879/8937 daripada 4.9006/9041 semalam.
Ia juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6118/6184 daripada 5.6369/6409, namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.7808/7843 daripada 2.7775/7796.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN pada akhir urus niaga hari ini termasuk naik berbanding baht Thailand kepada 12.8975/9182 daripada 12.9878/13.0030.
Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat sedikit kepada 3.2512/2553 daripada 3.2562/2587 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 254.8/255.2 daripada 255.0/255.3.
Selain itu, mata wang tempatan itu kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.26/7.27 daripada paras 7.26/7.26 sebelum ini.
-- BERNAMA