KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat selepas seorang ahli jawatankuasa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah sekali gus menyebabkan dolar AS hilang sedikit kekuatan.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.5750/5835 berbanding dolar AS daripada 4.5770/5850 sewaktu ditutup pada Isnin.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit menjejaki pergerakan meluas dolar AS.
Presiden Federal Reserve Bank of Cleveland Loretta Mester melahirkan keterbukaan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah, dan ini dilihat meredakan seketika kekuatan dolar AS.
"Saya berpendapat kita akan melihat lebih banyak pergelutan di sekitar naratif Fed yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah, (namun) kes COVID-19 kembali meningkat di China dan ini boleh mengehadkan kenaikan (ke atas ringgit)," katanya kepada Bernama.
Mester dilaporkan berkata amat sesuai untuk Fed memperlahankan kenaikan kadar faedah daripada 75 mata asas (bps) pada mesyuarat akan datang manakala pasaran berharap kenaikan sebanyak 50 bps pada mesyuarat dasar pada 13 dan 14 Dis.
Bank pusat telah meningkatkan kadar faedah sebanyak enam kali pada tahun ini untuk meredakan inflasi. Fed telah menaikkan kadar sebanyak 75 bps untuk kali keempat pada November.
Innes berkata pelabur dilihat mengetepikan kebimbangan terhadap situasi politik tempatan.
"Saya berpendapat risiko politik tidak akan berlanjutan melainkan keputusannya penting dan mengejutkan," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3235 daripada 3.3107/3169 sewaktu ditutup pada Isnin, rendah berbanding euro kepada 4.6981/7068 daripada 4.6827/6909, susut berbanding pound Britain kepada 5.4223/4324 daripada 5.4036/4131, dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2380/2445 daripada 3.2278/2337 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.5750/5835 berbanding dolar AS daripada 4.5770/5850 sewaktu ditutup pada Isnin. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Kebakaran Hutan | Korban cecah 30 orang
Angka korban ekoran kebakaran hutan di Chile kini mencecah hampir 30 orang. Keadaan yang bertambah buruk memaksa negara itu meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal puluhan siri kebakaran yang memusnahkan hampir 40,000 hektar kawasan hutan. Menteri Dalam Negeri Carolina Toha berkata mereka meminta sokongan diminta dari negara jiran seperti Brazil, Argentina, dan Uruguay.

Pemulihan ekonomi China dijangka dorong ringgit di paras 4.25 minggu depan
Prospek terhadap ringgit kekal cerah kerana sebarang pemulihan di China dilihat dapat menampan ketidaktentuan ekonomi di AS.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pelabur menumpukan perhatian kepada data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat lewat hari ini.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir disember 2022 - Bank Negara
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion pada akhir Disember 2022 manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.40 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi teruskan kenaikan tujuh hari berturut-turut
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2345/2395 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2410/2475 pada Jumaat minggu lepas.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2410/2475 berbanding dolar AS daripada 4.2450/2465 pada penutup Khamis.

Harga minyak naik, ringgit terus mengukuh pada sesi awal
Ringgit meneruskan momentum kenaikannya apabila dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada hari ini.

Ringgit teruskan peningkatan berbanding dolar AS ketika awal dagangan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar AS daripada 4.2575/2625 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pelabur dijangka terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.