awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/03/2020
02:10 MYT
Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka diniagakan positif hari ini, kata Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes.
Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini.
Pada 9.02 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2085 ketika ditutup semalam.
Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata pengurangan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa dijangka menyokong ringgit memandangkan semakan semula itu akan mendorong permintaan secara mendadak terhadap pelbagai sektor bernilai tinggi.
"Ringgit dijangka diniagakan positif hari ini, yang sewajarnya menyaksikan aliran bon, pasca kadar BNM itu, ke dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia," katanya.
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menurunkan julat kadar asas sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 1 hingga 1.25 peratus.
Di samping itu, bank pusat utama lain di seluruh dunia turut dijangka mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi atau mengambil langkah lain untuk melindungi ekonomi global daripada kesan COVID-19.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0161/0208 daripada 3.0194/0233 pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8898/8956 daripada 3.8934/8982.
Ringgit stabil berbanding pound Britain kepada 5.3625/3694 daripada 5.3725/3793 yang dicatatkan semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.6686/6759 daripada 4.6775/6836.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#bank
#Bank Negara Malaysia
#Britain
#dolar AS
#ekonomi
#kadar dasar semalaman
#kerajaan
#OPR
#ringgit
#Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
#Sekuriti Kerajaan Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan