KUALA LUMPUR: Ringgit kemungkinan mengalami rintangan pada minggu hadapan dan akan didagangkan dalam lingkungan RM4.19 hingga RM4.21 berbanding dolar AS, kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim.
"Cabaran mungkin timbul jika Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak dan ini akan menyebabkan harga minyak menurun, yang kemudiannya, mempengaruhi ringgit," kata beliau kepada Bernama.
OPEC mungkin mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri OPEC dan bukan OPEC ke-20 pada 1 September ini.
"Sekiranya mesyuarat itu diadakan, para pelabur akan mengetahui reaksi OPEC terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai peningkatan pengeluaran minyak pengeluaran yang perlu dibuat bagi menstabilkan harga petrol," katanya.
Sementara itu, Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz menjelaskan penerimaan istana terhadap senarai menteri yang dikemukakan oleh Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan sedikit rangsangan kepada situasi politik di Malaysia, yang dilanda ketidakpastian sejak peletakan jawatan perdana menteri sebelumnya.
"Pada sisi negatif, Malaysia mencapai tahap baharu jangkitan COVID-19 (pada Khamis, sejumlah 24.599 kes) dan ini mungkin akan menjadi pemacu utama kepada penurunan ringgit.
"Daripada sudut teknikal, ringgit mungkin terus jatuh ke arah 4.1750 berbanding dolar AS, yang mana kemungkinan ia akan menerima tahap sokongan yang kuat," katanya.
Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit mengukuh sepanjang minggu ini susulan pembaharuan keyakinan pelabur berikutan perkembangan politik terkini di Malaysia.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinetnya, yang dibentuk selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional, meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos lepas.
Selain Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengekalkan jawatan sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga kekal sebagai Menteri Kanan serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Datuk Seri Mustapa Mohamed tetap sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menggantikan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, sementara Tan Sri Noh Omar akan membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menggantikan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Kementerian Kesihatan melaporkan semalam, 22,070 kes COVID-19 baharu telah dilaporkan dan 339 kematian dalam 24 jam sebelumnya termasuk 21,877 pemulihan. Ini menjadikan jumlah jangkitan terkumpul kepada 1,662,913 kes.
Secara mingguan, ringgit berada pada 4.1890/1930 berbanding dolar AS semalam daripada 4.2380/ 2400 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain daripada minggu sebelumnya.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1009/1041 daripada 3.1070/1087 dan naik berbanding pound British kepada 5.7427/7482 daripada 5.7709/7736.
Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.9254/9301 daripada 4.9474/9498 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8044/8084 daripada 3.8654/8676.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit mengukuh sepanjang minggu ini susulan pembaharuan keyakinan pelabur berikutan perkembangan politik terkini di Malaysia.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.