KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri hari pertama urus niaga 2024 pada Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang pengumuman beberapa data ekonomi minggu ini, termasuk inflasi Eropah dan makumat penggajian AS.
Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6035/6080 berbanding dolar AS daripada paras 4.5900/598 pada akhir Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit susut ke paras 4.6060 pada sesi pagi ini sebelum mengukuh kepada 4.6005 pada sesi urus niaga tengah hari.
Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama lain, meningkat 0.12 peratus kepada 101.450 mata.
Beliau juga menyifatkan dari sudut teknikal, ringgit sudah berada dalam situasi belian berlebihan yang akan disusuli dengan beberapa pembetulan teknikal.
"Melangkaui aspek teknikal pula, pandangan mengenai penurunan kadar faedah di AS akan terus menjadi pemacu utama bagi peningkatan ringgit. Sehubungan itu, maklumat-maklumat akan datang seperti tawaran kerja dan penggajian bukan perladangan AS adalah kritikal untuk menyokong pandangan sedemikian," katanya kepada BERNAMA.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun pada 3.2317/2552 daripada 3.2356/2415 pada Jumaat dan naik berbanding euro kepada 5.0685/0734 daripada 5.0729/0817.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.8524/8582 daripada 5.8321/8422.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.
Unit tempatan itu rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4793/4830 daripada 3.4746/4812 pada Jumaat dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.4838/5033 daripada 13.3422/3760.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 297.5/298.0 daripada 298.1/298.6 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.28 daripada 8.28/8.31.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama lain, meningkat 0.12 peratus kepada 101.450 mata. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada hari pertama urus niaga 2024
Pada 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6035/6080 berbanding dolar AS daripada paras 4.5900/598 pada akhir Jumaat lepas.
Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit mengukuh berbanding yen, susut berbanding dolar AS
Ringgit ditutup mengukuh berbanding yen Jepun namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman mengenai data inflasi AS pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi Wall Street yang kembali pulih
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI meningkat 7.02 mata kepada 1,404.64 daripada 1,397.62 penutup Isnin.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka 5.71 mata lebih rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ambil petunjuk pergerakan menaik Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Isnin selepas dagangan di Wall Street mengukuh semula.
Dagangan di Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Dagangan di Bursa Malaysia menyusut sedikit pada sesi permulaan urus niaga, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.
KWSP kurangkan pegangan dalam Riverstone
Kepentingan KWSP terhadap Riverstone berkurang kepada kepada 6.981% yang merangkumi 103.47 juta saham selepas transaksi.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada awal urus niaga
Terdapat peningkatan mengelak risiko yang ketara menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) bermula hari ini.