KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Rabu, seiring dengan harga minyak yang rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 sewaktu ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3 peratus berbanding ramalan 8.1 peratus.
"Bacaan yang lebih tinggi ini menyebabkan pelabur tertanya-tanya seberapa besar kenaikan kadar faedah yang boleh dilihat pada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang pada 21 September.
"Sebelum data IHP ini dikeluarkan, pasaran meramalkan kenaikan 0.5 - 0.75. Bagaimanapun, kini banyak pihak telah menaikkan ramalan mereka kepada 0.75-1.0 peratus," katanya kepada Bernama.
Diniz berkata pasaran telah memberikan reaksi kukuh terhadap data itu, menyebabkan berlaku satu lagi kenaikan kukuh dolar AS berbanding mata wang lain.
Beliau berkata harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global merosot sebanyak 0.08 peratus kepada AS$93.10 setong.
BACA: Malaysia tidak alami krisis ekonomi di sebalik penurunan nilai ringgit - Tengku Zafrul
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.
Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2153/2174 berbanding 3.2320/2333 sewaktu ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1282/1301 daripada 3.1690/1703.
Ia turut menokok berbanding pound Britain kepada 5.1989/2012 daripada 5.2768/2786 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5105/5125 daripada 4.5818/5833 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Menteri kewangan berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia. - Gambar fail
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup rendah meskipun kenyataan pegawai FED cenderung kepada kadar rendah
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7285/7325 berbanding dolar AS daripada 4.7215/7280 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit susut didorong fenomena global, bukan kegagalan BNM - MOF
Penyusutan nilai mata wang ringgit lebih didorong oleh fenomena global dan pengaruh pasaran, bukan disebabkan kelemahan asas ekonomi negara.
Ringgit susut berbanding dolar AS, paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun
Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Rabu.
Ringgit susut 4.6 peratus pada suku kedua, tidak eksklusif pada Malaysia sahaja - Gabenor BNM
Penurunan tersebut adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang turut susut 5.8 peratus sehingga kini.