awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
19/10/2023
12:40 MYT
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang mana ia telah mengukuh kepada 5.7712/7748 daripada 5.7869/7917 pada penutupan semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan trend menurun dengan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kelima berturut-turut pada Khamis apabila hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi menjejaskan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata pakar ekonomi.
Pada 6.03 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.7680/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7445/7485 pada penutupan semalam.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit telah jatuh hari ini dan mungkin semakin melemah melainkan ia mendapat rangsangan daripada Rizab Persekutuan yang mengambil langkah kurang agresif atau data AS yang lebih lemah.
"Hasil AS yang lebih tinggi pada asasnya membebankan ringgit hari ini. Memandangkan risiko yang agak rendah sedikit di Timur Tengah disebabkan usaha diplomatik, jadi penurunan nilai ringgit adalah disebabkan hasil Perbendaharaan AS," katanya kepada Bernama.
Ringgit juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang mana ia telah mengukuh kepada 5.7712/7748 daripada 5.7869/7917 pada penutupan semalam.
Mata wang tempatan itu jatuh berbanding euro kepada 5.0274/0305 daripada 5.0140/0182 dan lebih rendah berbanding yen pada 3.1821/1843 daripada 3.1685/1714 pada penutup Rabu.
Pada masa yang sama, ia diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0716/0849 berbanding 13.0738/0914 pada penutup semalam dan lebih tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 301.4/301.8 daripada 301.5/302.0 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4702/4726 daripada 3.4649/4681 dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.37/8.38 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakar Ekonomi
#rizab persekutuan
#nilai ringgit
#langkah kurang agresif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan