KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia, berikutan pengukuhan daya tarikan dolar AS sebagai mata wang selamat, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.6720/6745 berbanding dolar AS daripada 4.6480/6520 yang dicatatkan semasa Jumaat lepas.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit terus lemah selepas pengeluaran data gaji Amerika Syarikat (AS) susulan hasil global yang lebih tinggi telah mencetuskan sentimen terhadap aset yang kurang risiko termasuk melonjakkan permintaan terhadap dolar AS yang lebih selamat.
Menurut Jabatan Buruh AS, gaji bukan ladang menokok sebanyak 263,000 pada September manakala data pengangguran juga adalah lebih mantap pada 3.5 peratus berbanding unjuran 3.7 peratus, ini memberi kelebihan kepada dolar AS.
Innes berkata mata wang pengeksport serantau seperti ringgit terjejas secara negatif oleh kebimbangan terhadap permintaan import China ketika kes COVID-19 mula bertambah di negara berkenaan.
"Akhbar Parti Komunis China, People's Daily menyiarkan komentar yang mendedahkan dasar COVID Zero adalah 'mampan', menunjukkan bahawa negara itu mungkin akan meneruskan langkah sedia ada atau menggandakannya bagi mencegah penularan COVID-19 pasca Minggu Emas.
"Penurunan harga minyak juga memberi kesan negatif kepada mata wang pengeksport minyak seperti ringgit," katanya kepada Bernama.
Beliau juga menekankan penetapan yuan China (CNY) pada 7.1075 berbanding dolar AS adalah kejutan utama memandangkan pasaran menjangkakan Bank Rakyat China akan mengekalkan penetapan di bawah 7.1000.
"Ini menyebabkan kedudukan melonjak di atas paras 7.1700 selepas dibuka berikutan pembelian dolar US yang kukuh semasa ditutup semalam. Memandangkan hubungan ringgit yang agak rapat dengan CNY, ringgit mula bergelut," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.1607/1635 daripada 5.2132/2177 dan adalah lebih baik berbanding euro kepada 4.5314/5338 daripada 4.5574/5613 sebelum ini.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2472/2491 daripada 3.2529/2559 serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2059/2079 daripada 3.2084/2116.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.6720/6745 berbanding dolar AS daripada 4.6480/6520 yang dicatatkan semasa Jumaat lepas. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan jatuh kepada 4.6720/6745 berbanding dolar US daripada 4.6480/6520 yang dicatatkan semasa Jumaat lepas.
Ringgit menyusut disebabkan ketengangan geopolitik
Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan Amerika Syarikat (AS)-China.