KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar AS sewaktu dibuka hari ini berikutan mata wang negara maju itu terus mengukuh di tengah-tengah gesaan kepada aset selamat.
Ia sebagai reaksi terhadap kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah, menggambarkan kesimpulan yang lebih cepat mengenai proses mengurangkan aset Fed, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berkurangan kepada 4.2230/2275 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2210 sewaktu ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS terus mendapat tarikan malam tadi berikutan pendirian Fed yang cenderung menaikkan kadar faedah terhadap inflasi, yang kemudiannya disifatkan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan kadar faedahnya tidak lama lagi.
Selain itu, penemuan varian Omicron COVID-19 di AS turut menunjukkan risiko wujudnya kawalan pergerakan yang menandakan tahap pemulihan ekonomi akan terjejas, katanya.
Mengenai data ekonomi, beliau berkata Indeks Pembuatan ISM AS terus menokok kepada 61.1 mata pada November, manakala Perubahan Pekerjaan ADP meningkat kepada 534,000, menunjukkan pasaran buruh dalam keadaan yang baik.
"Justeru, nampaknya sentimen mengelak risiko telah menjadi semakin ketara yang membawa kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap mata wang selamat iaitu dolar AS. Oleh itu, Indeks dolar AS (DXY) turut melebihi 96 mata.
"Sehubungan itu, ringgit mungkin kekal lemah hari ini pada sekitar RM4.22," katanya kepada Bernama.
Unit tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain sewaktu dibuka, kecuali berbanding dolar Singapura.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6073/6133 daripada 5.6158/6198 sewaktu ditutup pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0931/0966 daripada 3.0933/0957 semalam.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.7392/7435 daripada 3.7173/7203 pada Rabu dan jatuh berbanding euro kepada 4.7796/7847 daripada 4.7773/7807 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berkurangan kepada 4.2230/2275 berbanding dolar AS.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.