awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus turun berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
19/02/2020
12:09 MYT
Ringgit terus turun berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1600/1620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1520/1560 pada Selasa.
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar AS mencecah paras 4.16 pada penutup hari ini apabila para pelabur terus mengelak daripada aset Malaysia di tengah-tengah kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1600/1620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1520/1560 pada Selasa.
Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata pasaran masih sedang menilai impak daripada COVID-19 ke atas ekonomi negara.
"Selain itu, ringgit turut menerima kesan negatif selepas People's Bank of China (PBoC) menetapkan kadar rujukan harian yuan di atas paras 7.00 di tengah-tengah kekukuhan dolar AS," katanya kepada Bernama.
PBoC, pada Rabu, menetapkan kadar rujukan harian yuan pada 7.0012 berbanding 6.9826 pada Selasa.
Kali terakhir bank pusat itu menetapkan kadar lebih rendah daripada paras 7.0 adalah pada 25 Dis, 2019.
"Saya merasakan pasaran kekal definitif sehingga pelabur memperoleh kejelasan daripada data ekonomi China," katanya.
Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9885/9910 daripada 2.9810/9850 pada Selasa dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4101/4143 daripada 5.3951/4020.
Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7729/7761 daripada 3.7838/7878 pada Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.4932/4970 daripada 4.4950/5009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#ekonomi
#koronavirus
#Malaysia
#ringgit
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan