KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit pagi ini dibuka tanpa banyak perbezaan berbanding dolar AS.
Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0380/0430 berbanding dolar AS daripada 4.040/0440 ketika ditutup petang Khamis.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata ringgit diniagakan lemah selepas mengambil petunjuk daripada pergerakan mata wang yuan dan mata wang Asia yang lain.
"Selain itu, harga minyak mungkin terus merosot berikutan corak cuaca di Texas yang semakin baik di celah-celah persiapan awal untuk mesyuarat OPEC pada Mac depan," kata beliau kepada Bernama.
Sementara itu, dilaporkan China sedang meninjau had eksport bagi mineral nadir bumi, satu langkah yang boleh menjejaskan eksport ke AS dan industri pembuatan senjata.
"Ini bukan pertama kalinya China mempertimbangkan menggunakan dominasi dalam mineral nadir bumi sebagai tindakan balas atau taktik perundingan dalam perselisihan dua hala," tambahnya.
Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain pada Jumaat.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0490 daripada 3.0433/0472 semalam dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8840/8904 daripada 4.8771/8783.
Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.6419/6501 daripada 5.6249/6321 tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.8199/8253 daripada 3.8218/8263 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Ringgit diniagakan lemah selepas mengambil petunjuk daripada pergerakan mata wang yuan dan mata wang Asia yang lain.
![AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892927/27199806741614523385256_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar Ibrahim terima serangan, tiga Adun AMANAH sertai PKR. - Lebih sejuta penduduk Malaysia hidap Penyakit Jarang Jumpa. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

Suntikan vaksin: Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.

AWANI Ringkas: PKR pecat Larry Sng, Steven Choong | 'Saya keluar parti demi rakyat' - Larry Sng

ECK mempunyai dana bangunkan projek KXP - Muhammad Sanusi
ECK juga berjaya membuktikan bahawa ia memiliki dana masing-masing sebanyak RM1.5 bilion bagi fasa pertama dan RM5 bilion bagi fasa kedua projek berkenaan.

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Parti Gerakan adakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya pada 13 Mac
Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2020 akan berlangsung buat pertama kalinya secara maya pada 13 Mac depan.

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut. Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021. #AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.6 bilion pada akhir Jan 2021 - BNM
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.63 bilion pada akhir Januari 2021, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini
Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada US$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit mencatat prestasi hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini selepas mata wang dolar menyusut berikutan permintaan untuk aset berisiko semakin baik.

Ringgit tidak banyak berubah berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan disebut harga pada 4.0380/0430 berbanding dolar AS daripada 4.040/0440 ketika ditutup petang Khamis.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 ketika ditutup pada Rabu petang.

Ringgit teruskan kenaikan bagi sesi keenam berturut-turut pada awal dagangan
Ringgit meneruskan kenaikan bagi hari keenam berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.

Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.