Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan pokok getah yang ditebang dieksport ke luar negara.
Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata banyak pokok getah yang telah tua dan tidak produktif dibiarkan begitu sahaja kerana harga kayu getah di negara ini murah.
"Untuk mengelak pembaziran, RISDA akan mengusulkan agar kayu getah dibenarkan dieksport kerana adanya permintaan dari luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini selepas berdialog dengan pekebun kecil getah Perlis di sini, petang semalam.
Beliau turut berkata kerajaan sentiasa komited untuk membantu pekebun kecil berikutan kejatuhan harga komoditi itu termasuk mempertimbangkan permohonan mereka bagi mengurangkan caj pemprosesan pekerja asing yang mahal.
"Pekebun kecil merungut kerana caj membawa masuk pekerja asing melebihi RM270 seorang sedangkan harga getah jatuh agak teruk. Isu ini akan ditangani segera," kata Zahidi.
Pada masa sama, katanya, RISDA turut meminta pekebun menghasilkan lebih banyak getah lateks yang menguntungkan berbanding getah sekerap selain memohon kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) agar menaikkan subsidi getah bagi menggalakkan pekebun kecil menambah pengeluaran untuk menampung permintaan tempatan.
Zahidi turut meminta pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan ladang mereka dengan tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti sayur-sayuran dan herba.
Bernama
Sat Sep 12 2015

Zahidi turut meminta pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah di kawasan ladang mereka dengan tanaman yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti sayur-sayuran dan herba. - Gambar Fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

KPPK belum bercadang jadikan ketum sebagai produk komoditi
Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara.

Kos pencegahan tinggi jika cadangan RISDA diluluskan - AADK
Kerajaan akan menanggung kos pencegahan aktiviti penagihan dadah yang tinggi sekiranya bersetuju untuk meluluskan cadangan RISDA.

Pekebun kecil raih pendapatan tinggi dengan ketum - Pengerusi RISDA
RISDA mencadangkan penanaman pokok ketum hanya bagi membantu pekebun kecil yang terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi di pasaran dunia.

RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membentangkan kertas cadangan mengenai penanaman pokok ketum Rabu ini.

Kerajaan tidak tahu rancangan RISDA mahu tanam ketum
Isu berkenaan perlu dikaji implikasinya secara terperinci sebelum RISDA memohon kebenaran terhadap penanaman pokok ketum.

RISDA akan minta kerajaan benar kayu getah dieksport
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan pokok getah yang ditebang dieksport ke luar negara.