awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion

Bernama
Bernama
08/05/2024
11:12 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Menurut bank pusat dalam kenyataan hari ini, komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing (AS$100.6 bilion); paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion); emas (AS$2.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek," katanya.
Jumlah aset sebanyak RM629.49 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM534.25 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.90 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM51.61 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM190.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.54 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM149.22 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.61 bilion) deposit lain (RM63.40 bilion), kertas Bank Negara (RM18.65 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion) dan liabiliti lain (RM4.25 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#BNM
#rizab antarabangsa
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan