awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 15 Dis, 2023

Bernama
Bernama
22/12/2023
09:00 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 15 Dis, 2023
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.63) pada 15 Dis, 2023, daripada AS$112.3 bilion pada 30 Nov, 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.63) pada 15 Dis, 2023, daripada AS$112.3 bilion pada 30 Nov, 2023.
Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM638.65 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.64 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM67.69 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.68 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM181.01 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.12 bilion), deposit lain (RM39.09 bilion), kertas Bank Negara (RM33.74 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.93 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan