Skip to main content

Bisnes

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$128.8 bilion pada 15 April 2026

81625550980_BNM.jpg
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$128.8 bilion pada 15 April 2026. 

Menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. 

Advertisement

BNM berkata rizab antarabangsa kasar terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$112.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.9 bilion), emas (AS$6.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Sementara itu, bank pusat itu juga berkata jumlah aset sebanyak RM614.38 bilion, merangkumi terutamanya emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk hak pengeluaran khas (RM519.89 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM13.10 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM456.52 juta), hartanah dan peralatan (RM4.55 bilion) dan aset lain (RM47.56 bilion).

Dari segi liabiliti, mata wang dalam edaran berjumlah RM186.19 bilion, manakala deposit sebanyak RM197.29 bilion, terdiri daripada deposit oleh institusi kewangan (RM120.50 bilion), Kerajaan Persekutuan (RM6.45 bilion) dan lain-lain (RM70.33 bilion).

Modal bank pusat berjumlah RM100 juta, dengan rizab sebanyak RM193.33 bilion, selain kertas BNM (RM7.31 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM26.38 bilion) dan liabiliti lain (RM3.78 bilion).

-- BERNAMA

Must Watch Video