BISNES
Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$121.3 bilion pada 31 Julai

Angka itu lebih tinggi daripada AS$120.61 bilion rizab antarabangsa Malaysia yang dicatatkan setakat akhir Jun 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$121.3 bilion (AS$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.
Angka itu lebih tinggi daripada AS$120.61 bilion rizab antarabangsa Malaysia yang dicatatkan setakat akhir Jun 2025.
Dalam kenyataannya hari ini, BNM berkata paras rizab pada akhir Julai itu adalah memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan.
Kedudukan rizab itu juga adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.Menurut BNM, jumlah aset adalah sebanyak RM603.2 bilion dengan emas dan pertukaran asing, termasuk hak pengeluaran khas (SDR) berjumlah RM512.8 bilion.
Komponen utama rizab antarabangsa itu menunjukkan rizab mata wang asing menyumbang bahagian tertinggi pada AS$107.7 bilion dan diikuti oleh SDR (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion), kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada AS$1.3 bilion manakala aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami