BISNES
Rizab antarabangsa BNM pada US$124.1 bilion setakat 14 November
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$124.1 bilion setakat 14 Nov, 2025 berbanding US$123.8 bilion yang dicatatkan semasa 31 Okt, 2025.
Ringkasan AI
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab berkenaan cukup untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.
Komponen utama rizab merangkumi mata wang asing (US$109.6 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).
Jumlah aset adalah sebanyak RM617.78 bilion, yang terdiri daripada pertukaran emas dan mata wang asing serta rizab lain termasuk SDR (RM522.91 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.24 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.13 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.56 bilion) dan aset lain (RM47.50 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan liabiliti adalah sebanyak RM617.78 bilion, yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM203.70 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.31 bilion), deposit institusi kewangan (RM125.46 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.14 bilion), deposit lain (RM65.60 bilion), kertas Bank Negara (RM8.39 bilion), peruntukan SDR (RM27.87 bilion) dan liabiliti lain (RM3.19 bilion).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada US$124.1 bilion pada 14 Nov 2025 berbanding US$123.8 bilion pada 31 Okt 2025, mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import dan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek.
- Komponen utama rizab termasuk mata wang asing, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa, hak pengeluaran khas, emas, dan aset rizab lain, dengan jumlah aset keseluruhan sebanyak RM617.78 bilion.
- Bank Negara Malaysia melaporkan jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM617.78 bilion, termasuk modal berbayar, rizab, mata wang dalam edaran, deposit institusi kewangan, deposit kerajaan Persekutuan, kertas Bank Negara, peruntukan SDR, dan liabiliti lain.