awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Malaysia naik kepada AS$118.3 bilion pada 28 Feb 2025

Bernama
Bernama
07/03/2025
09:10 MYT
Rizab antarabangsa Malaysia naik kepada AS$118.3 bilion pada 28 Feb 2025
Paras rizab itu memadai bagi membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$118.3 bilion pada 28 Feb, 2025 daripada US$117.7 bilion pada 14 Feb, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata paras rizab berkenaan memadai bagi membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$105.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
Keseluruhan aset berjumlah RM639.51 bilion, merangkumi emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.41 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.73 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion), dan aset-aset lain (RM62.46 bilion).
BNM berkata jumlah modal dan tanggungan sebanyak RM639.51 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM197.14 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.28 bilion), deposit institusi kewangan (RM138.68 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.60 bilion), deposit-deposit lain (RM79.80 bilion), kertas-kertas Bank Negara (RM10.71 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.02 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#bank pusat
#rizab antarabangsa
#import
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan