awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
Seorang kanak-kanak maut, tujuh cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Belara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property

Bernama
Bernama
06/05/2021
13:39 MYT
Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara.
KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
Rizal adalah Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Swasta dan Strategik, Permodalan Nasional Bhd (PNB), beliau kini menguruskan tiga aset utama iaitu pelaburan strategik, pasaran persendirian dan hartanah.
PNB memiliki kepentingan majoriti sebanyak 51.1 peratus dalam Sime Darby Property.
"Rizal sebelum ini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif PNB (Ketua Pegawai Pelaburan, Hartanah) dan Naib Presiden Eksekutif (harta/hartanah) sebelum memegang jawatannya sekarang," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Sebelum menyertai PNB, Rizal adalah Rakan Kongsi Pengurusan Negara Boston Consulting Group (BCG) di Malaysia dan menguruskan tugasan pelanggan daripada lebih 10 negara.
Bidang kepakarannya meliputi pembangunan strategi (inovasi dan pertumbuhan model perniagaan) serta transformasi peringkat korporat dan industri.
Rizal mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Kellogg School of Management, Northwestern University, Amerika Syarikat.
Sime Darby Property dalam laporan tahunan 2020 berkata Zeti akan mengekalkan jawatannya sehingga mesyuarat agung tahunan ke-48 yang berlangsung pada 6 Mei tahun ini.
Bekas gabenor Bank Negara Malaysia itu dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Property pada 23 Julai, 2018.
Beliau mengambil alih jawatan daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada akhir Jun, 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rizal Rickman Ramli
#pengerusi
#Sime Darby Property
#Permodalan Nasional Bhd
#PNB
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan