awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem

Bernama
Bernama
11/09/2023
05:23 MYT
RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem
Kadar pengkomersialan harta intelek (IP) di dalam negara masih rendah dan pihak industri kurang bersedia untuk menerima guna teknologi baharu. - Gambar hiasan/Freeimages
KUALA LUMPUR: Dasar mengenai harta intelek (IP) akan disemak semula untuk meningkatkan ekosistem hasil kreativiti negara yang akan memperluas pemilikan, penerimagunaan dan pemindahan teknologi.
Selain itu, aset IP akan dimanfaatkan dalam penilaian untuk memperoleh pembiayaan bagi menggalakkan aktiviti pengkomersialan dan inovasi, berdasarkan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dibentangkan di Parlimen hari ini.
Untuk menjana nilai maksimum IP, Pusat Pemindahan Teknologi (TTO) di Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI) serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan dimanfaat bagi meningkatkan keupayaan termasuk kemampuan dalam penyelidikan dan pengkomersialan.
"TTO akan disokong oleh bakat khusus dalam pemindahan teknologi serta pengurusan dan penilaian IP bagi mempercepat aktiviti pengkomersialan di samping menggalakkan kerjasama antara GRI, IPT serta industri," katanya.
Kajian itu menjelaskan, kadar pengkomersialan harta intelek (IP) di dalam negara masih rendah dan pihak industri kurang bersedia untuk menerima guna teknologi baharu sementara kos pembangunan termasuk penerimagunaan teknologi kekal tinggi.
Pelaksanaan strategi ini adalah penting dalam memastikan peralihan secara eksponen kepada teknologi canggih dan negara berpendapatan tinggi bercirikan peningkatan produktiviti serta daya saing.
Kerajaan turut menyasarkan Malaysia berada di kedudukan 20 teratas dalam Global Innovation Index pada 2025 berbanding tempat ke-36 tahun sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK12
#harta intelek
#IP
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan