awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK12: Menangani keterancaman perubahan iklim, kerajaan rangka pelan adaptasi

Bernama
Bernama
11/09/2023
05:03 MYT
RMK12: Menangani keterancaman perubahan iklim, kerajaan rangka pelan adaptasi
Kerajaan akan merangka pelan adaptasi kebangsaan bagi menangani isu keterancaman terhadap kesan perubahan iklim pada masa kini dan hadapan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merangka pelan adaptasi kebangsaan bagi menangani isu keterancaman terhadap kesan perubahan iklim pada masa kini dan hadapan.
Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini pelan itu bakal merangkumi langkah adaptasi dalam lima bidang keutamaan, iaitu kesihatan awam; pertanian dan sekuriti makanan; perhutanan dan biodiversiti; sumber dan jaminan bekalan air; serta infrastruktur dan perbandaran.
"Langkah ini akan meningkatkan keupayaan mengadaptasi dalam bidang keutamaan ini dan mengukuhkan masyarakat berdaya tahan iklim. Strategi untuk menangani kesan berkaitan haba, seperti tekanan haba, strok haba dan keletihan haba akan dimasukkan dalam pelan adaptasi kebangsaan.
"Antara inisiatif yang akan dilaksana termasuk memperbanyak ruang hijau dan kawasan berpokok, menambah baik perancangan bandar untuk mengurangkan kesan pulau haba bandar serta menilai semua aktiviti untuk mengurus kesan berkaitan haba," menurut laporan berkenaan.
Merangka pelan adaptasi kebangsaan merupakan strategi 'Meningkatkan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Bencana iaitu strategi ke-4 di bawah fokus 'Mempercepat Pelaksanaan Pembangunan Rendah Karbon, Bersih dan Berdaya Tahan' seperti digariskan dalam laporan RMK12.
Menurut laporan itu, bagi meningkatkan daya tahan komuniti yang mudah terjejas, kerajaan juga bercadang untuk memasukkan pelan tindakan haba dan sistem amaran awal ke dalam pelan adaptasi kebangsaan terbabit.
Menyentuh mengenai pengukuhan pengurusan banjir, laporan itu menyebut kajian akan dilakukan bagi menilai keberkesanan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi mengenal pasti alternatif kepada pendekatan berasaskan struktur selain meneroka pembiayaan alternatif dan mampan untuk projek tebatan banjir.
"Program tebatan banjir akan diberi penekanan yang lebih besar untuk meliputi lebih banyak kawasan yang cenderung dilanda banjir," menurut laporan itu.
Bagi memperkukuh pengurusan bencana, Kajian Separuh Penggal itu menyatakan penilaian kesan bencana terhadap kumpulan yang terjejas akan dilaksanakan selain pembangunan dan perkongsian peta hazard banjir dan cerun akan diteruskan untuk meliputi lebih banyak kawasan kritikal di seluruh negara.
"Dalam hubungan ini, sistem amaran awal tanah runtuh (SAATR) untuk jalan Persekutuan akan dibangunkan untuk menambah baik pengurusan bencana. Selain itu, pusat bencana geologi negara akan ditubuhkan melalui peluasan fungsi institusi sedia ada.
"Strategi untuk meningkatkan kesiapsiagaan komuniti juga akan dibangunkan sebagai pelengkap kepada usaha pengurangan risiko bencana negara. Selain itu, keupayaan pasukan tindak balas komuniti akan dipertingkat untuk membantu proses pasca pemulihan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK12
#perubahan iklim
#Pelan Adaptasi Kebangsaan
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan