BISNES
RMK13: Belanjawan tahunan perlu dikaji semula - Penganalisis
Belanjawan tahunan negara perlu dikaji dan diselaraskan semula agar benar-benar menjadi pecahan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) seperti yang sepatutnya digariskan dalam dasar pembangunan negara. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Belanjawan tahunan negara perlu dikaji dan diselaraskan semula agar benar-benar menjadi pecahan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) seperti yang sepatutnya digariskan dalam dasar pembangunan negara.
Ringkasan AI
Menurut Provost Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Barjoyai Bardai, kesilapan dalam pelaksanaan perbelanjaan tahunan yang tidak selari dengan perancangan lima tahun perlu dielakkan menjelang pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
“Sepatutnya kita ada kesinambungan – dari belanjawan tahunan, kepada belanjawan lima tahun dan sepuluh tahun. Tetapi selalunya, belanjawan lebih fokus kepada perbelanjaan operasi sedangkan rancangan lima tahun lebih bersifat pembangunan jangka panjang,” katanya.
Menurut beliau lagi, contoh ketara dapat dilihat dalam RMK12 yang memperuntukkan RM450 bilion untuk pembangunan, namun pelaksanaan belanjawan tahunan banyak tertumpu kepada aspek pengurusan dan operasi, bukan pelaburan jangka panjang.
Katanya, pendekatan belanjawan yang lebih menyeluruh perlu diwujudkan, termasuk pemantauan dan pelarasan secara berkala agar hala tuju ekonomi negara kekal konsisten.
“Kita perlu melakukan belanjawan yang berterusan – bukan saja tahunan, tetapi disemak secara bulanan, kemudian ditinjau tahunan dan lima tahun. Jika ini diteruskan, barulah kita boleh capai kelambungan yang rapat ke arah matlamat jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata demikan dalam program Pantau Agenda Reformasi: Jangkaan tumpuan pembentangan RMK13 pada Isnin.
Terdahulu Pengerusi Kumpulan Kerja Kewangan, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), Dr Chris Daniel Wong berkata kesilapan ini tidak boleh berulang dalam RMK13, yang mana pembentangan dokumen ini jadualkan pada akhir Julai ini.
Ringkasan AI
- Prof Barjoyai Bardai dan Dr. Chris Daniel Wong menekankan keperluan menyelaraskan belanjawan tahunan dengan RMK agar tidak berlaku ketidakkonsistenan seperti dalam RMK12.
- Belanjawan tahunan sering tertumpu kepada perbelanjaan operasi, sedangkan RMK bersifat pembangunan jangka panjang.
- Dicadangkan pemantauan berkala dan pelarasan bulanan agar belanjawan benar-benar menjadi pecahan kepada RMK dan menyokong matlamat jangka panjang.