BISNES
RMK13: Kerajaan fokus seimbangkan pembangunan wilayah dan desa
Sabah dan Sarawak diposisikan sebagai Hab Tenaga Mampan melalui Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan menegaskan komitmen untuk menangani ketidaksemibangan pembangunan antara wilayah dengan memberi tumpuan khusus kepada negeri-negeri kurang membangun serta kawasan desa agar rakyat menerima limpahan kemajuan secara adil dan inklusif.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan ini bukan sahaja bertujuan merapatkan jurang pembangunan, malah memastikan peluang ekonomi baharu diwujudkan di kawasan desa termasuk Felda, Felcra dan lembaga kemajuan wilayah lain.
“Pembangunan negara tidak boleh hanya tertumpu di kawasan bandar atau wilayah utama sahaja. Desa, negeri kurang membangun, Sabah dan Sarawak juga berhak menikmati kemajuan yang saksama. Kita mahu manfaat pembangunan ini sampai kepada semua lapisan rakyat,” tegasnya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam memastikan sasaran itu dicapai, pelaburan berimpak tinggi akan diperluaskan ke luar kawasan tumpuan sedia ada.
Antara projek yang dikenal pasti ialah pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping di Perlis, Taman Perindustrian Hijau Bersepadu di Perak, Taman Perindustrian Tok Bali di Kelantan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu di Sabah.
Anwar turut menyatakan hasrat kerajaan untuk memberi penekanan kepada projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan ECRL yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Pantai Barat Semenanjung, Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, Projek LRT Pulau Pinang serta projek jalan raya termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Trans Borneo di Sarawak.
“Ini adalah pelaburan strategik yang mampu memperkukuh keterhubungan wilayah dan merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang. Bukan hanya bandar-bandar besar yang maju, tetapi juga kawasan pedalaman dan luar bandar.
“Bagi memperkukuh pengangkutan awam, Anwar berkata, kerajaan akan menambah 300 unit van perkhidmatan Demand-Responsive Transit (DRT) dan 1,200 unit bas, selain menambah 217 set tren penumpang untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan.
“Pendekatan road-to-rail juga akan dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan kargo di jalan raya, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan,” katanya.
Sabah dan Sarawak turut menjadi fokus penting dengan inisiatif menjadikan kedua-dua negeri sebagai Hab Tenaga Mampan Negara melalui pelaksanaan Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah, yang dijangka membuka peluang pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.
“Projek tenaga ini bukan sahaja mengukuhkan infrastruktur tenaga, tetapi meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai pemain utama dalam agenda tenaga hijau di peringkat serantau,” jelas Perdana Menteri.
Sementara itu, negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu akan dipacu sebagai hab pengeluaran makanan negara secara bersepadu dan berdaya saing, yang akan membuka peluang ekonomi baharu khususnya untuk penduduk desa.
Kerajaan juga akan meneruskan Inisiatif Kampung Angkat MADANI sebagai pendekatan bersepadu bersama kementerian, agensi, GLC, GLIC dan sektor swasta bagi memastikan pembangunan desa digerakkan secara menyeluruh.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Pembangunan Wilayah Secara Inklusif: Kerajaan komited merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan desa melalui pelaburan berimpak tinggi di negeri kurang membangun serta projek perindustrian di Perlis, Perak, Kelantan dan Sabah.
- Infrastruktur & Pengangkutan Terancang: Projek besar seperti ECRL, LRT Pulau Pinang, Lebuhraya Pan Borneo dan Trans Borneo akan memperkukuh keterhubungan wilayah. Tambahan van DRT, bas dan tren penumpang menyokong mobiliti rakyat dan pendekatan road-to-rail.
- Tenaga Hijau & Pembangunan Desa: Sabah dan Sarawak diposisikan sebagai Hab Tenaga Mampan melalui Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah, inisiatif Kampung Angkat MADANI diteruskan untuk mempercepat pembangunan desa secara menyeluruh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan ini bukan sahaja bertujuan merapatkan jurang pembangunan, malah memastikan peluang ekonomi baharu diwujudkan di kawasan desa termasuk Felda, Felcra dan lembaga kemajuan wilayah lain.
“Pembangunan negara tidak boleh hanya tertumpu di kawasan bandar atau wilayah utama sahaja. Desa, negeri kurang membangun, Sabah dan Sarawak juga berhak menikmati kemajuan yang saksama. Kita mahu manfaat pembangunan ini sampai kepada semua lapisan rakyat,” tegasnya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Dalam memastikan sasaran itu dicapai, pelaburan berimpak tinggi akan diperluaskan ke luar kawasan tumpuan sedia ada.
Antara projek yang dikenal pasti ialah pembangunan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping di Perlis, Taman Perindustrian Hijau Bersepadu di Perak, Taman Perindustrian Tok Bali di Kelantan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu di Sabah.
Anwar turut menyatakan hasrat kerajaan untuk memberi penekanan kepada projek infrastruktur berskala besar seperti pembinaan ECRL yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Pantai Barat Semenanjung, Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru, Projek LRT Pulau Pinang serta projek jalan raya termasuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Trans Borneo di Sarawak.
“Ini adalah pelaburan strategik yang mampu memperkukuh keterhubungan wilayah dan merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang. Bukan hanya bandar-bandar besar yang maju, tetapi juga kawasan pedalaman dan luar bandar.
“Bagi memperkukuh pengangkutan awam, Anwar berkata, kerajaan akan menambah 300 unit van perkhidmatan Demand-Responsive Transit (DRT) dan 1,200 unit bas, selain menambah 217 set tren penumpang untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatan.
“Pendekatan road-to-rail juga akan dilaksanakan bagi mengurangkan pergerakan kargo di jalan raya, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan,” katanya.
Sabah dan Sarawak turut menjadi fokus penting dengan inisiatif menjadikan kedua-dua negeri sebagai Hab Tenaga Mampan Negara melalui pelaksanaan Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah, yang dijangka membuka peluang pelaburan bernilai tinggi dan mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat.
“Projek tenaga ini bukan sahaja mengukuhkan infrastruktur tenaga, tetapi meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai pemain utama dalam agenda tenaga hijau di peringkat serantau,” jelas Perdana Menteri.
Sementara itu, negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu akan dipacu sebagai hab pengeluaran makanan negara secara bersepadu dan berdaya saing, yang akan membuka peluang ekonomi baharu khususnya untuk penduduk desa.
Kerajaan juga akan meneruskan Inisiatif Kampung Angkat MADANI sebagai pendekatan bersepadu bersama kementerian, agensi, GLC, GLIC dan sektor swasta bagi memastikan pembangunan desa digerakkan secara menyeluruh.

#Seimbang pembangunan desa
#peluang ekonomi baharu
#pemain utama dalam agenda tenaga hijau
#Anwar Ibrahim
#RMK13
#Dewan Rakyat